Fed menghantar isyarat yang kuat pada Khamis pada institusi itu bersedia untuk menaikkan kadar faedah bulan ini dan mengurangkan $4.5 Trillion di dalam pegangan bon secara beransur-ansur walaupun data inflasi dicatat melemah baru-baru ini.
Gabenor Fed, Jerome Powell yang juga salah seorang penggubal dasar yang agak berpengaruh ini berpandangan bahawa ekonomi Amerika Syarikat dinilai semakin pulih. Justeru, bank pusat harus membawa ekonomi AS ke tahap normal setelah krisis yang berlaku hampir satu dekad.
Powell yang juga salah satu daripada empat gabenor di Lembaga Fed ketika berucap di Kelab Ekonomi New York memberitahu bahawa prestasi pasaran buruh berpotensi untuk menyokong kenaikan kadar. Sementara itu, inflasi juga bergerak secara beransur-ansur ke arah sasaran sebanyak 2 peratus.
Powell juga berpendapat bahawa Fed sesuai untuk menaikkan kadar secara beransur-ansur jika ekonomi bergerak di dalam landasan yang betul. Beliau berkata demikian tanpa menyebut 13 hingga 14 Jun untuk menyaksikan kenaikan kadar yang seterusnya oleh Fed.
Dalam satu temu bual secara berasingan dengan CNBC, Powell menjangkakan kenaikan kadar sebanyak tiga kali pada tahun ini termasuk kenaikan yang dilaksanakan pada bulan Mac.
Namun begitu, dua bacaan inflasi yang lebih lemah sebelum ini berpotensi untuk melambatkan dua lagi kenaikan pada tahun ini.
Walaupun begitu, menurut beliau lagi, kenaikan inflasi telah “ditangguhkan” disebabkan oleh faktor sementara.
Lambakan Minyak Mentah Masih Mempengaruhi Sentimen Semasa Komoditi Hitam