US Dollar tidak banyak berubah berbanding matawang utama pada hari Jumaat memandangkan minit mesyuarat Fed sebelum ini terus memberi tekanan. Dalam masa yang sama, penurunan matawang ini juga didorong oleh laporan tuntutan pengangguran.
EUR/USD diadakan stabil pada 1.0587.
Pada Rabu lalu, minit mesyuarat semakan dasar oleh Fed telah menunjukkan isyarat kenaikan kadar dalam jangka masa terdekat.
Walau bagaimanapun, minit juga mendedahkan ketidaktentuan bank pusat terhadap dasar Trump yang dikhuatiri akan mengurangkan permintaan terhadap US Dollar.
Momentum US Dollar juga dijangka bergerak ke bawah berikutan laporan dari sektor buruh semalam yang mencatatkan peningkatan terhadap tuntutan pengangguran awal sebanyak 6,000 kepada 244,000 minggu lalu.
Dalam sesi ini juga, GBP/USD merosot kepada 0.09 peratus manakala USD/JPY meningkat sebanyak 0.23 peratus.
Matawang Kanada pula hampir tidak berubah menjelang pengumuman data inflasi Kanada.
US Dollar Index yang mengukur kekuatan US dollar berbanding enam matawang utama yang lain dicatat stabil pada 100.94.
China Lakukan Rombakan Besar-Besar Terhadap Sektor Perdagangan!