Eur/Usd tiba-tiba melemah pukul tujuh petang tadi berikutan perkembangan politik di Perancis. Hal ini menunjukkan pasaran perlu mengekori secara rapat perkembangan geopolitik di negara tersebut selepas beberapa kali memberi kesan kepada pergerakan pasaran di khususnya matawang Euro.
Pasangan matawang Eur/Usd jatuh dari 1.0767 kepada 1.0726 semasa artikel ini ditulis dan Eur/Jpy jatuh hampir 60 pip ke paras 121.34.
Calon Presiden Perancis, Le Pen paling popular di kalangan calon-calon presiden yang lain. Tinjauan pendapat yang dibuat menunjukkan undian tertinggi kepada Le Pen berbanding calon-calon lain.
Tinjauan tersebut menunjukkan pusingan pertama 23 April ini berpotensi dimenangi beliau dengan markah 28%, Macron 25% dan Fillon 20% seterusnya meningkatkan spekulasi beliau akan berhadapan dengan salah satu daripada antara Macron dan Fillon pada pusingan kedua.
Hal inilah yang menyebabkan matawang Euro melemah sebentar tadi yang disebabkan jangkaan kepada kemenangan Le Pen yang berpendirian mahu mengeluarkan Perancis dari Kesatuan Eropah. Dalam konteks ini, pelabur-pelabur melihat risiko yang akan dibawa oleh Le Pen kepada ekonomi Perancis.