Matawang U.S dolar menguat dalam pasaran Asia seiring dengan penyusutan matawang Euro dan pound berikutan tumpuan pasaran pada Brexit dan spekulasi calon pengganti pengerusi Fed.
USD/JPY menguat sebanyak 0.64% iaitu pada 113.26, manakala AUD/USD didagangkan pada 0.7834, menyusut -0.57%. EUR/USD menyusut sebanyak -0.33% kepada bacaan 1.1813 dan GBP/USD menyusut -0.40% kepada 1.3112 setakat jam 11.20 a.m.
Indeks U.S dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain naik 0.40% kepada 93.37 setakat pukul 11.20 a.m.
Laporan melaporkan Perdana Menteri UK Theresa May masih mencuba berunding dengan pemimpin E.U dan segelintir ahli parti merencanakan negara UK keluar daripada Eropah.
Menurut Canselor Jerman Angela Merkel, rundingan ini sedang menunjukkan kemajuan selangkah demi selangkah.
Dolar U.S jatuh mendadak pada awal pagi, diikuti dengan kejatuhan hasil bon berikutan laporan yang menyatakan gabenor Fed, Jerome Powell, dijangka bakal menggantikan Janet Yellen.
Berdasarkan laporan, Powel adalah calon terkedepan yang bakal menduduki kerusi pengerusi Fed selepas siri temuduga Presiden Donald Trump dengan 5 calon tersebut.
Powell dilihat sebagai calon yang kurang hawkish berbanding calon-calon lain yang telah disenarai pendek.
Namun, berikutan laporan data pembuatan dan pekerjaan menunjukkan pertumbuhan positif, indeks U.S dolar kembali mengukuh.
Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) kepada 222,000 bagi minggu berakhir pada 13 Oktober berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 244,000.
Indeks Pembuatan meningkat kepada bacaan 27.9 pada bulan ini berbanding pada bulan September yang mencatatkan bacaan 23.8.