Jabatan Buruh US melaporkan pengurangan jumlah tuntutan faedah/insurans pengagguran (Jobless claims) kepada 260,000 bagi minggu berakhir pada 29 September berbanding minggu sebelum itu yang mencatatkan jumlah 272,000. Pengurangan adalah sebanyak 12,000.
Jobless claims bermaksud jumlah penduduk yang pertama kali membuat permohonan insurans pengangguran. Ia juga dipanggil sebagai Unemployment claims.
Pengurangan data yang dikeluarkan ini kurang daripada jangkaan penganalisis yang menjangkakakn sebanyak 265,000 jumlah tuntutan pengangguran.
Tuntutan pengangguran yang berakhir pada 29 September meningkat kepada 1.938 juta daripada data kajian semula minggu sebelumnya iaitu 1.936 juta.
Menurut laporan jabatan buruh, badai Harvey, Irma dan Maria telah memberi kesan tuntutan bagi Texas, Florida, Georgia, Puerto Rico dan Pulau Virgin Islands.
Harus diingat data-data pekerjaan bagi negara seperti US adalah sangat penting bagi menentukan ekonomi US sedang berada dalam keadaan baik ataupun sebaliknya.
Sepertimana pasaran memberi perhatian kepada data NFP (non-farm payroll) setiap bulan, data ini juga menggambarkan keadaan pasaran buruh semasa di US.