Matawang U.S dollar sedikit jatuh berbanding enam matawang yang ditunjukkan dalam indeks US dolar pada Khamis selepas data pertumbuhan ekonomi U.S meningkat lebih pantas daripada apa yang dijangka pada suku tahun kedua.
Indeks U.S dollar, jatuh 0.31% iaitu kepada 92.97 pada jam 10.40 p.m
Ekonomi US mencatat peningkatan sebanyak 3.1% pada suku tahun kedua melebihi kadar jangkaan 3.0% berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdagangan.
Laporan lain yang dikeluarkan menunjukkan bilangan penganggur bertambah sehingga mencecah 272,000 pada minggu lepas, meningkat dari 260,000 minggu sebelumnya. Peningkatan ini adalah berpunca daripada badai Irma yang telah mengakibatkan kerosakan di bahagian Florida dan Georgia.
Dollar U.S sedikit rendah berbanding yen, USD/JPY jatuh 0.19% iaitu pada 112.63. Pasangan matawang ini jatuh dari paras tertinggi dua bulan lalu di 113.24.
Euro kembali kukuh setelah 5 minggu berturut-turut mencatat penyusutan di mana EUR/USD meningkat 0.37% kepada 1.1790.
Pengukuhan Euro adalah disebabkan institut ekonomi utama Jerman menggesa bank pusat Eropah agar bersedia untuk menamatkan pengamalan polisi monetari yang sangat longgar. Hal ini kerana, pengamalan polisi tersebut dapat mendatangkan lebih banyak risiko dalam jangka panjang.
Pound mengukuh berbanding U.S dollar yang lemah, dengan GBP/USD meningkat sebanyak 0.34% kepada 1.3429 setakat pukul 10.49 malam, selepas ketua perunding Michael Barnier membuat kenyataan bahawa EU sedang menunjukkan prestasi yang positif dalam rundingan Brexit.