Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Menjadi ibu bapa adalah hal terindah yang pernah berlaku dalam kehidupan. Anak menjadi anugerah terbesar yang pernah ada. Namun mengasuh anak datang dengan banyak tanggunjawab yang harus dipikul.
Zaman pascamoden dan teknologi telah memainkan peranan penting dalam kehidupan kita. Hari ini dimana-mana sahaja kita memerlukan teknologi seperti internet, telefon pintar dan lain-lain untuk melakukan sesuatu. Teknologi ibarat serampang dua mata, ia boleh memudahkan kehidupan dan dalam masa sama ia boleh merosakkannya. Namun semua itu tergantung kepada cara penggunaan seseorang itu.
Pada hari ini, Team Moshed hendak berkongsi kepada anda 5 aplikasi yang boleh membantu ibu bapa dalam pengasuhan anak.
1. Glow Baby Newborn Tracker App
Glow Baby dapat membantu ibu bapa untuk track/jejak pelbagai perkara, bermula daripada menyusu,tidurkan anak, menukar lampin dan memebri ubat. Selain itu, aplikasi ini juga dilengkapi dengan artikel-artikel pengasuhan anak.
2. MyMedela
MyMedela menawarakan perkhidmatan yang hampir sama seperti Glow Baby namun ia menghadirkan perkhidmatan tambahan untuk hal-hal keibuuan.
3. Sound Sleeper: White Noise

4. BabySparks — Development App
BabySpark dapat merekod aktiviti si kecil. Terdapat 1300 aktiviti yang disediakan untuk si kecil anda terokai seperti aktiviti berguling, berbicara dan sebagainya. Anda boleh sesuaikan dengan keperluan anak kecil anda.
5. Nestnotes

Pengguna Apple boleh memuat turun aplikasi tersebut. Versi Android sebahagiannya akan datang pada masa akan datang.

























































