FUNDAMENTAL: NEUTRAL
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
 - Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
 - Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 2 Oktober 2018.
 - Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
 - Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
 - Kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah di empat bank utama Australia akan mendorong RBA memotong (bukan menaikkan) kadar faedahnya.
 
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Ekonomi Australia berkembang 3.4% pada suku kedua 2018 berbanding suku tahun sebelumnya iaitu 3.1%.
 - Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
 - Kadar pengangguran di Australia turun ke 5.3% pada Julai daripada 5.4% sebelumnya. Dibawah jangkaan bank pusat iaitu 5.5%.
 
PLAN: SELL AUD
- Bank-bank di Australia menaikkan kadar mortgage. Meningkatkan jangkaan bahawa RBA akan mengekalkan kadar faedah sedia ada supaya tidak membebankan pengguna dan mengelakkan masalah pasaran perumahan.
 - Tumpuan utama pasaran ketika ini adalah kepada pertelagahan AS-China yang memaksa pelabur terus berhati-hati sekaligus permintaan terhadap aset yang mempunyai pulangan tinggi merosot.
 











			





![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)

































