AUD
FUNDAMENTAL: NEUTRAL
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 ogos 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
- RBA mengatakan ekonomi dijangka berkembang sedikit di atas 3% pada 2018 dan 2019 disokong oleh keadaan perniagaan yang positif dan tahap pelaburan awam yang lebih tinggi.
- Penganalisis pasaran melihat penggunaan isi rumah kekal sebagai sumber ketidakpastian disebabkan oleh tahap hutang yang tinggi.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
- Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
- Harga pengguna (CPI) di Australia meningkat sebanyak 1.9% sepanjang tahun hingga suku tahun 2018, sama seperti pada suku sebelumnya.
- Kadar pengangguran Australia kekal pada 5.4 peratus pada Jun, walaupun ekonomi menambah 50,900 peluang pekerjaan.
- Jumlah pekerjaan sepenuh masa menaik sebanyak +41,200 berbanding dengan -20,600 pada bulan Mei.
PLAN: BUY AUD
- Positif data dari sektor pekerjaan di Australia pada hari ini. Jumlah pekerjaan yang bertambah adalah sebanyak 50,900 dengan pekerjaan sepenuh masa meningkat sebanyak 41,200 berbanding -20,600 sebelumnya.