FUNDAMENTAL: NEUTRAL
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia).
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang neutral.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 7 ogos 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
- RBA mengatakan ekonomi dijangka berkembang sedikit di atas 3% pada 2018 dan 2019 disokong oleh keadaan perniagaan yang positif dan tahap pelaburan awam yang lebih tinggi.
- Penganalisis pasaran melihat penggunaan isi rumah kekal sebagai sumber ketidakpastian disebabkan oleh tahap hutang yang tinggi.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
- Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
- Kadar pengangguran Australia kekal pada 5.4 peratus pada Jun, walaupun ekonomi menambah 50,900 peluang pekerjaan. Jumlah pekerjaan sepenuh masa menaik sebanyak +41,200 berbanding dengan -20,600 pada bulan Mei.
PLAN: SELL AUD
- Sentimen pasaran dalam keadaan tidak stabil (risk off). Ini disebabkan ketegangan perang dagang yang kembali antara US-China.
- Data inflasi tidak mencapai jangkaan pasaran.