FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve bank Australia ).
- Reserve Bank of Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah di Australia seperti jangkaan 1.50% dengan kenyataan yang agak positif.
- Mesyuarat RBA seterusnya adalah pada 4 September 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat RBA adalah GDP, Unemployment dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBA (Unjuran bank pusat RBA – Muka surat 2 ).
- Kadar faedah yang rendah terus menyokong ekonomi Australia.
- Ramalan utama adalah untuk inflasi menjadi lebih tinggi pada 2019 dan 2020 daripada sekarang.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBA
- Ekonomi Australia berkembang 3.1% pada suku pertama 2018, berbanding pengembangan 2.4% pada suku sebelumnya dan di atas jangkaan pertumbuhan 2.8%. Ia adalah kadar pertumbuhan tahunan terpantas sejak Q2 2016.
- Kadar pengangguran di Australia turun kepada 5.4% pada bulan Mei 2018 daripada 5.6% pada bulan sebelumnya manakala jangkaan pasaran adalah 5.5%.
- Inflasi harga pengguna (CPI) Australia meningkat kepada 2.1% daripada 1.9% sebelumnya manakala pasaran menjangkakan kenaikan 2.2%.
- Kadar pengangguran Australia kekal pada 5.4 peratus pada Jun, walaupun ekonomi menambah 50,900 peluang pekerjaan. Jumlah pekerjaan sepenuh masa menaik sebanyak +41,200 berbanding dengan -20,600 pada bulan Mei.
PLAN: BUY AUD
Penetapan dasar polisi RBA pada hari ini agak positif. RBA menyatakan bahawa jangkaan GDP dan inflasi di Australia akan menaik pada 2019.