FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
- Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
- Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 Oktober 2018.
- Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
- BOC: Mengjangkakan kadar inflasi akan mencapai 2% pada awal 2019.
- BOC: Pelaburan perniagaan, aktiviti eksport, pekerjaan dan penggunaan semakin meningkat.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA
- Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
- Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
- Kadar inflasi di Kanada meningkat kepada 3% pada bulan Julai 2018 daripada 2.5 peratus pada bulan Jun, di atas jangkaan pasaran sebanyak 2.5%. Ia adalah kadar inflasi tertinggi sejak September 2011.
PLAN: SELL CAD
- Optimis terhadap kesepakatan NAFTA telah pudar. Freeland mengatakan bahawa tidak ada tarikh rasmi untuk perbincangan minggu ini.
- Jangkaan data inflasi Kanada pada minggu ini melemah ekoran data pekerjaan dan pertumbuhan gaji merosot.