FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of Canada ).
- Bank of Canada (BOC) menaikkan kadar faedah daripada 1.25% kepada 1.50% seperti jangkaan dan menyampaikan kenyataan yang agak hawkish (baik).
- Mesyuarat BOC seterusnya adalah pada 24 Oktober 2018.
- Data ekonomi tumpuan BOC adalah CPI, Employment dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOC (Unjuran bank pusat BOC – Muka surat 12 ).
- BOC: Menjangkakan kadar inflasi akan mencapai 2% pada awal 2019.
- BOC: Pelaburan perniagaan, aktiviti eksport, pekerjaan dan penggunaan semakin meningkat.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF CANADA
- Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Kanada meningkat 2.30% pada suku pertama 2018 sekaligus melebihi unjuran bank pusat Canada iaitu 1.9%.
- Kanada mengeluarkan laporan pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan kenaikan besar sebanyak 54,100 pekerjaan dan kadar pengangguran turun kepada 5.8 peratus pada bulan Julai.
- Kadar inflasi di Kanada jatuh kepada 2.8% pada bulan Ogos 2018 daripada 3% pada bulan Julai namun ia melebihi sasaran Bank of Canada iaitu 2.0%.
PLAN: BUY CAD.
- Ucapan yang positif dari Gabenor Poloz mengenai dasar monetari di Kanada.
- Perjanjian NAFTA optimis untuk mencapai persetujuan.
- Harga minyak mentah melonjak.