FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari Swiss National Bank ).
- Swiss National Bank (SNB) sebelum ini mengumumkan bahawa ia memutuskan untuk mengekalkan dasar monetary semasa dengan kadar median pada -0.75%.
- Mesyuarat SNB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
- Data ekonomi tumpuan adalah inflasi dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat SNB (Unjuran bank pusat SNB ).
- Para penggubal dasar menegaskan bahawa kadar faedah negatif dan kesediaan SNB untuk campur tangan (intervene) dalam pasaran pertukaran asing seperti yang diperlukan tetap penting untuk meringankan tekanan pada franc Swiss.
- SNB dijangka mula mempertimbangkan untuk mengetatkan polisi monetari, memandangkan ECB mengumumkan pengurangan QEnya menjelang akhir September 2018.
DATA EKONOMI TUMPUAN SNB
- Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) di Switzerland berkembang 2.20% pada suku pertama 2018 berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan di Switzerland meningkat kepada 1.1% pada bulan Jun 2018 daripada 1.0% pada bulan sebelumnya dan sejajar dengan jangkaan pasaran. Ia adalah kadar inflasi pengguna tertinggi sejak Mei 2010.
PLAN: SELL CHF
- Naib Presiden SNB berkata dasar monetari SNB yang sangat longgar dan berjanji untuk terus campur tangan (intervene) dalam pasaran forex.
- Pasaran dijangka berada dalam keadaan risk-on.