FUNDAMENTAL: DOVISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 14 Jun dan berkata kadar bulanan pembelian asset (Quantitative Easing) bersih akan dikurangkan kepada 15 bilion Euro dari September hingga Disember 2018, dan akan berakhir.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 13 September 2018.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
- ECB mengekalkan dasar kewangan QE mereka dan tidak memberi sebarang perubahan dalam jadual waktu untuk beralih dari dasar kadar faedah yang rendah dan untuk menamatkan program pembelian bon asetnya.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
- Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro berkurangan kepada 2% pada bulan Ogos 2018 berbanding sebelumnya sebanyak 2.1%, jangkaan pasaran sebanyak 2.1%.
PLAN: TIADA PLAN. MESYUARAT ECB PADA HARI INI.
- Bank pusat menyatakan dengan jelas pada mesyuarat baru-baru ini bahawa mereka tidak bercadang untuk menaikkan kadar faedah sehingga lewat tahun depan dan data sejak mesyuarat Julai bercampur-campur.
- Presiden ECB Draghi bimbang tentang inflasi yang rendah.
- Dengan data AS yang meningkat dan FED bersedia untuk menaikkan kadar faedah, boleh menyebabkan EURO kurang permintaan.