EURO
FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 14 Jun dan berkata kadar bulanan pembelian asset (Quantitative Easing) bersih akan dikurangkan kepada 15 bilion Euro dari September hingga Disember 2018, dan akan berakhir.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 26 Julai 2018.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 )
- ECB menurunkan ramalan GDP 2018 daripada 2.4% ke 2.1%.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro berjumlah 8.4 peratus pada Mei 2018, tidak berubah dari angka bulan sebelumnya dan di bawah 9.2 peratus tahun sebelumnya.
- Ekonomi zon euro berkembang 2.5 peratus tahun ke tahun pada suku pertama tahun 2018 dan di bawah 2.8 peratus pada tempoh sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan Euro telah disahkan pada kadar tertinggi 16 bulan yang lepas dengan bacaan 2 peratus pada bulan Jun 2018, meningkat daripada 1.9 peratus pada bulan sebelumnya.
PLAN: BUY EURO
- Polisi monetari ECB hawkish (baik). Tambahan, ada laporan menunjukkan bahawa ahli-ahli ECB menyokong kenaikan sebelum Disember 2019.
- Data-data tumpuan ekonomi oleh ECB berada dalam jangkaan pasaran.