FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru European Central Bank ).
- ECB mengekalkan kadar pembiayaan semula penanda arasnya pada 0.0% pada 13 September.
- Mesyuarat ECB seterusnya adalah pada 25 Oktober 2018.
- Data tumpuan ekonomi ECB adalah CPI, GDP dan unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat ECB (Unjuran bank pusat ECB – Muka surat 2 ).
- ECB menyatakan bahawa program QE akan diteruskan pada kadar bulanan 30 billion sehingga akhir bulan ini, dan akan berkurang ke 15 billion hingga akhir Disember 2018 kemudian berakhir.
- Komen hawkish dari Mario Draghi. Beliau berkata inflasi utama akan meningkat hujung tahun.
DATA EKONOMI TUMPUAN ECB
- Kadar pengangguran di Kawasan Euro mencapai 8.2% pada bulan Julai 2018, sama seperti pada bulan sebelumnya dan kadar terendah sejak November 2008.
- Data GDP (KDNK) di Euro meningkat 2.1% pada suku kedua 2018, penurunan daripada 2.5% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan di Kawasan Euro berkurangan kepada 2% pada bulan Ogos 2018 berbanding sebelumnya sebanyak 2.1%, jangkaan pasaran sebanyak 2.1%.
PLAN: BUY EURO.
- Krisis ekonomi di Itali reda.
- Gabenor Mario Draghi memberi komen positif terhadap inflasi.
- Data keyakinan bisnes di Jerman dicatatkan lebih baik dari jangkaan.
- Optimis terhadap perjanjian Brexit yang dijangka tercapai.