FUNDAMENTAL: DOVISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
- 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk menaikkan kadar faedah di UK sebanyak 0.25% dari 0.5% ke 0.75% dengan kenyataan yang agak dovish dari Gabenor Mark Carney.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 13 September 2018.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOE (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
- Mark Carney mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah pada kadar yang lebih perlahan.
- Beliau juga menyuarakan kebimbangan berkenaan Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
- Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
- Inflasi harga pengguna di UK berjumlah 2.4% pada Jun 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.6% peratus.
- Jualan runcit di U.K meleset kepada -0.5% berbanding 0.2% jangkaan. 1.4% sebelumnya. (Impak kepada data ekonomi GDP)
PLAN: TIADA TRADE UNTUK GBP MINGGU INI
- Mr Carney menyuarakan kenyataan yang agak dovish pada sidang media. Beliau mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah di UK pada kadar yang lebih perlahan. Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap Brexit.
- Setiausaha perdagangan Antarabangsa British iaitu Liam Fox berkata kemungkinan ‘no-deal’ Brexit adalah kira-kira 60-40.
- Risiko untuk minggu ini adalah 3 data ekonomi di UK iaitu gaji, inflasi dan jualan runcit. Mesyuarat Brexit pada Khamis ini juga akan menyebabkan ketidaktentuan matawang GBP untuk minggu ini.