FUNDAMENTAL: DOVISH
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
- 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk menaikkan kadar faedah di UK sebanyak 0.25% dari 0.5% ke 0.75% dengan kenyataan yang agak dovish dari Governor Mark Carney.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 13 September 2018.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
- Mark Carney mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah pada progres yang lebih perlahan.
- Beliau juga menyuarakan kebimbangan berkenaan Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
- Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
- Kadar inflasi tahunan UK meningkat kepada 2.5% pada bulan Julai daripada paras terendah 1 tahun sebanyak 2.4% pada bulan Jun dan sejajar dengan jangkaan pasaran.
PLAN: TIADA TRADE UNTUK GBP EKORAN MESYUARAT BREXIT HARI INI
- Mr Carney menyuarakan kenyataan yang agak dovish pada sidang media. Beliau mengatakan bahawa BOE akan menaikkan kadar faedah di UK pada kadar yang lebih perlahan. Beliau juga menyuarakan kebimbangan terhadap Brexit.
- Data purata pendapatan di UK tidak mencapai jangkaan sekaligus akan memberi kesan negatif pada inflasi di UK hari ini.
- Menteri luar negeri Jeremy Hunt berkata risiko ‘no-deal’ Brexit meningkat.