FUNDAMENTAL: NEUTRAL
- Klik disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Bank of England )
- 3 daripada 9 orang ahli Bank of England termasuk Ketua Ekonomi mengundi untuk kenaikan kadar faedah di UK berbanding 2 undi dalam mesyuarat sebelumnya.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat Bank of England (Unjuran bank pusat BOE – Muka surat 43 ).
- Ketua ekonomi Bank of England iaitu Andy Haldane menyokong kenaikan kadar faedah di UK.
- Kadar pertumbuhan GDp dan inflasi menunjukkan angka yang lebih lemah, manakala kadar penggangguran berada pada tahap terendah sejak 42 tahun.
- Kegawatan politik dan perundingan Ireland yang menimbulkan rundingan Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Data GDP y/y mencatatkan penurunan kepada 1.2% daripada 1.4% berbanding suku tahun sebelumnya.
- Kadar pengangguran di UK berjumlah 4.2 peratus dalam tempoh tiga bulan hingga April 2018, sama seperti pada tempoh sebelumnya dan terendah sejak tahun 1975.
- Inflasi harga pengguna di UK berjumlah 2.4% pada Jun 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.6% peratus.
- Jualan runcit di U.K meleset kepada -0.5% berbanding 0.2% jangkaan. 1.4% sebelumnya. (Impak kepada data ekonomi GDP)
PLAN: SELL GBP.
- Ketidaktentuan isu Brexit. UK akan menghadapi masalah yang besar yang akan memerlukan pemotongan kadar faedah jika senario no-deal Brexit berlaku.
- Salah satu data ekonomi tumpuan BOE iaitu inflasi gagal mencapai sasaran jangkaan pasaran dan BOE pada sesi Eropah petang semalam. Sekaligus tidak menyokong untuk BOE menaikkan kadar faedah pada 2 Ogos ini.
- Data jualan runcit di U.K keluar meleset dari jangkaan dan sebelumnya. Kebarangkalian tinggi akan terkesan kepada penurunan data GDP.