FUNDAMENTAL: DOVISH
- Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari bank pusat Bank of Japan )
- Bank of Japan (BOJ) mengekalkan kadar faedah dan polisi monetari mereka pada September 2018 pada kadar -0.1%.
- Mesyuarat BOJ seterusnya adalah pada 31 Oktober 2018.
- Data ekonomi tumpuan BOJ adalah CPI dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat BOJ (Unjuran bank pusat BOJ – Muka surat 11 ).
- BOJ mengekalkan paras semasa yang rendah bagi kadar faedah jangka masa pendek dan panjang.
- BOJ akan membeli bon kerajaan Jepun (JGB) supaya hasil JGB 10 tahun akan kekal pada sekitar 0%.
- Kuroda berkata bahawa dasar monetari yang longgar masih diperlukan. Beliau juga berkata BOJ akan mengekalkan kadar faedah yang rendah untuk tempoh yang panjang.
DATA EKONOMI TUMPUAN BOJ
- Inflasi harga pengguna Jepun meningkat kepada 0.9%, mengatasi 0.7% sebelumnya.
- Ekonomi (GDP) Jepun berkembang 1% pada suku tahun kedua 2018, bersamaan seperti suku tahun sebelumnya.
PLAN: SELL JPY
- Minit mesyuarat BOJ agak dovish. Ahli BOJ bersetuju untuk kekalkan dasar monetari yang longgar. Tambahan, gabenor BOJ iaitu Kuroda mengulangi bahawa dasar kewangan yang longgar di Jepun tidak akan berubah kerana inflasi yang rendah.