FUNDAMENTAL: DOVISH
- Tekan disini untuk melihat (Polisi monetari terbaru Reserve Bank New Zealand ).
- RBNZ mengekalkan kadar faedah di New Zealand pada 1.75% dengan beberapa petunjuk yang agak dovish (buruk).
- Mesyuarat RBNZ seterusnya adalah pada 27 September 2018.
- Data tumpuan ekonomi RBNZ adalah GDP dan CPI. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat RBNZ (Unjuran bank pusat RBNZ – Muka surat 35 ).
- Bank pusat New Zealand itu berkata keyakinan rendah dalam perniagaan boleh memburukkan pelaburan dan gunatenaga (employment) di negara itu.
- RBNZ mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi (GDP), kadar faedah, dan tukaran matawang.
- Kadar faedah di New Zealand kemungkinan dinaikkan pada Disember 2020. Sebelum ini jangkaan Mac 2020.
DATA EKONOMI TUMPUAN RBNZ
- KDNK di New Zealand berkembang 2.8% tahun ke tahun pada suku kedua 2018, meningkat daripada pertumbuhan 2.7% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar inflasi meningkat ke 1.5% pada suku tahun kedua 2018 berbanding 1.1% pada sebelumnya.
PLAN: BUY NZD
- Jangkaan kenyataan RBNZ esok bernada positif ekoran data ekonomi tumpuan KDNK dan inflasi mengukuh.
- Sentimen perniagaan pada sesi Asia melonjak ke paras tertinggi sejak bulan Mei.