FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
 - Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
 - Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
 - Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
 - FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
 - Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.
 
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
 - Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
 - Kadar inflasi tahunan AS berjumlah 2.9% pada Julai 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3%. Namun, inflasi kekal pada paras tertinggi sejak Februari 2012.
 
PLAN: SELL USD.
- Sentimen pasaran yang stabil cenderung untuk pelabur mengalihkan pelaburan dari pegangan dolar AS berikutan laporan bahawa AS sedang berusaha untuk mengadakan perundingan perdagangan dengan China.
 - Data CPI hari ini dijangka merosot ekoran data PPI semalam melemah.
 











			





![[FOMC] Kadar Faedah Fed Kekal 4.50%, Nada Powell Berhati-Hati](http://intraday.my/wp-content/uploads/2025/05/fomc-powell-360x180.png)

































