FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik link ini untuk melihat Polisi monetari terbaru Federal Reserve
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedah seperti jangkaan kepada 1.75-2.00%.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah inflasi (CPI), kadar pengangguran dan GDP. Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
- FOMC: Aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh.
- FOMC: Data terkini menunjukkan bahawa pertumbuhan perbelanjaan isi rumah telah meningkat, sementara pelaburan tetap perniagaan terus meningkat dengan kukuh.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9 peratus pada bulan Jun 2018 daripada 2.8 peratus pada bulan Mei.
- Ekonomi AS melonjak sebanyak 2.0% secara tahunan pada suku pertama 2018. Ia menurun dari 2.9% pada suku tahun sebelumnya.
- Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4 peratus pada bulan Jun 2018 daripada 3.8 peratus pada bulan sebelumnya, yang paling rendah sejak April 2000 dan di atas jangkaan pasaran sebanyak 3.8 peratus.
- Purata pendapatan (Average earnings) meningkat 0.2 peratus pada bulan Jun selepas meningkat 0.3 peratus pada bulan Mei. (Terkesan kepada inflasi)
- Jualan runcit meningkat sebanyak 0.5% pada bulan Jun sejajar dengan jangkaan pasaran. (Terkesan kepada GDP)
PLAN: SELL USD
- Jangkaan terdapat aktiviti pengambilan untung terhadap posisi buy USD oleh pelabur ke arah majlis keterangan Jerome Powell di Kongres Amerika Syarikat. Powell akan memberi keterangan mengenai ekonomi dan dasar monetari.