FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedah seperti jangkaan kepada 1.75-2.00%.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
- FOMC: Aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh.
- FOMC: Data terkini menunjukkan bahawa pertumbuhan perbelanjaan isi rumah telah meningkat, sementara pelaburan tetap perniagaan terus meningkat dengan kukuh.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9% pada bulan Jun 2018 daripada 2.8% pada bulan Mei.
- Ekonomi (GDP) AS melonjak sebanyak 2.0% tahunan pada suku pertama 2018. Menurun dari 2.9% suku tahun sebelumnya.
- Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4 peratus pada bulan Jun 2018 daripada 3.8 peratus pada bulan sebelumnya, yang paling rendah sejak April 2000 dan di atas jangkaan pasaran sebanyak 3.8 peratus.
- Purata pendapatan meningkat 0.2% pada bulan Jun selepas meningkat 0.3% pada bulan Mei. (Impak kepada inflasi)
PLAN: SELL USD
- Walaupun data-data tumpuan ekonomi bank pusat FED dalam keadaan baik, tetapi fokus utama pelabur pada masa ini adalah terhadap komen presiden Donald Trump semalam. Beliau mengkritik dasar monetari FED dengan mengatakan kenaikan kadar faedah di AS tidak menguntungkan.