FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedah seperti jangkaan kepada 1.75-2.00%.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Ogos 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
- FOMC: Aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kukuh.
- FOMC: Data terkini menunjukkan bahawa pertumbuhan perbelanjaan isi rumah telah meningkat, sementara pelaburan tetap perniagaan terus meningkat dengan kukuh.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9% pada bulan Jun 2018 daripada 2.8% pada bulan Mei.
- Ekonomi (GDP) AS melonjak sebanyak 2.0% tahunan pada suku pertama 2018. Menurun dari 2.9% suku tahun sebelumnya.
- Kadar pengangguran AS meningkat kepada 4 peratus pada bulan Jun 2018 daripada 3.8 peratus pada bulan sebelumnya, yang paling rendah sejak April 2000 dan di atas jangkaan pasaran sebanyak 3.8 peratus.
- Purata pendapatan meningkat 0.2% pada bulan Jun selepas meningkat 0.3% pada bulan Mei. (Impak kepada inflasi)
PLAN: BUY USD KE ARAH DATA GDP
- Presiden Trump memberi bayangan untuk tumpuan kepada data GDP yang akan menaik separuh dari sebelumnya. Fokus pasaran terhadap data ekonomi GDP pada Jumaat ini.
- Data KDNK (GDP) dijangka mencapai paras 4.8% yang akan keluar pada Jumaat ini.