FUNDAMENTAL: NEUTRAL
- Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve menaikkan kadar faedahnya seperti dijangka kepada 2.25% dengan nada yang neutral.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 9 November 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
- Bank pusat menggugurkan perkataan “accomodative” dalam kenyataan.
- Jawatankuasa menjangka kenaikan beransur-ansur yang konsisten dengan perkembangan aktiviti ekonomi yang kukuh, pengukuhan pasaran buruh, dan inflasi di sekitar sasaran 2% dalam jangka sederhana.
- Jangkaan dot plot memberi isyarat untuk kenaikan kadar faedah pada Disember ini dan 3 kali pada tahun hadapan.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
- Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
- Kadar inflasi tahunan di Amerika Syarikat jatuh kepada 2.7% pada bulan Ogos 2018 daripada 2.9% pada bulan Julai dan di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.8%.
PLAN: BUY USD.
- Walaupun FOMC neutral tetapi jangkaan dot-plot akan ada sekali lagi kenaikan kadar faedah tahun ini. Powell juga menyifatkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat mengukuh.
- USMCA yang positif menyokong sentimen di Amerika Utara.
- Gabenor FED Jerome Powell kekal optimis berkenaan pengangguran dan inflasi di AS.