FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru ( Unjuran bank pusat FED yang terbaru )
- FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
- Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
- Ekonomi AS mencatatkan 4.2% tahunan pada suku kedua 2018, sedikit lebih tinggi daripada bacaan awal 4.1%, mengatasi ramalan pasaran sebanyak 4%.
- Kadar inflasi tahunan AS berjumlah 2.9% pada Julai 2018, tidak berubah dari bulan sebelumnya dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3%. Namun, inflasi kekal pada paras tertinggi sejak Februari 2012.
- Purata pendapatan meningkat 0.3% pada bulan Julai selepas meningkat 0.1% pada bulan Jun. (Impak kepada inflasi)
PLAN: BUY USD.
- Data KDNK (GDP) baik dari jangkaan dan sebelumnya.
- Data perbelanjaan peribadi (Personal spending) malam ini dijangka menaik berikutan kadar gaji dan hasil jualan runcit di AS meningkat.