FUNDAMENTAL: HAWKISH
- Klik di sini untuk melihat ( Polisi monetari terbaru Federal Reserve )
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedah pada 2 Ogos di paras 2.00% dengan kenyataan yang baik (hawkish).
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 27 September 2018.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi). Rujuk disini untuk unjuran bank pusat FED yang terbaru (Unjuran bank pusat FED yang terbaru)
- FOMC berkata bahawa aktiviti ekonomi meningkat pada kadar yang kuat.
- Perbelanjaan isi rumah dan pelaburan tetap perniagaan telah meningkat dengan pesat.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar inflasi di AS meningkat kepada 2.9% pada bulan Jun 2018 daripada 2.8% pada bulan Mei.
- Kadar pengangguran AS turun kepada 3.9 peratus pada Julai 2018 daripada 4.0 peratus pada bulan Jun.
- Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 4.1 peratus pada suku tahun kedua pada 2018, jauh melebihi perkembangan 2.2 peratus yang meningkat pada tempoh sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
- Purata pendapatan meningkat 0.3% pada bulan Julai selepas meningkat 0.1% pada bulan Jun. (Impak kepada inflasi)
PLAN: SELL USD
- Ketegangan isu geopolitik antara Amerika Syarikat dan Iran. Trump mengatakan bahawa sekatan terhadap Iran secara rasminya telah dilancarkan.
- Isu tarif antara AS dan China semakin meningkat.