Tidak banyak perkembangan pada pasaran semasa sempena cuti perayaan Krismas dan pergerakan harga turut dilihat bergerak perlahan. Begitu juga pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD yang dilihat bergerak mendatar pada dagangan Isnin. Harga dilihat membuat kenaikan dari paras terendah sekitar 0.70300 naik menguji paras Magic Pivot namun gagal melepasi paras tersebut sebelum kembali semula ke paras terendah semasa pada chart AUD/USD itu.
Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat membuat kenaikan dari paras terendah 0.70300 dan menguji paras Magic Pivot 0.7046 hari ini namun harga kembali ditekan semula ke bawah paras Magic Pivot tersebut dan menuju ke paras support 0.7024 (MagicS1). Jika harga berjaya membuat penurunan lebih rendah, harga bakal mencatatkan paras terendah yang baru menuju ke paras support sekitar 0.7010 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan harga bakal mencecah paras support 0.6989 (MagicS3).
Sebaliknya, jika harga berjaya menunjukkan kenaikan semula melepasi paras Magic Pivot hari ini, harga akan cuba mengatasi paras resistance 0.7060 (MagicR1) sebelum meneruskan kenaikan menguji pula paras resistance yang berada lebih tinggi iaitu pada 0.7082 (MagicR2). Sedikit lagi kenaikan bakal menyentuh paras resistance 0.7096 (MagicR3) yang dilihat berada berhampiran zon yang berpotensi menjadi paras SBR (support become resistance) pada chart AUD/USD.
Pantau perkembangan pada isu hubungan dagang antara Amerika Syarikat dan China serta data-data ekonomi di Australia yang mempengaruhi pergerakan harga pada chart pasangan matawang AUD/USD. Terus jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan utama dalam analisis teknikal harian anda yang telah terbukti keberkesanan paras-paras harga yang telah digariskan.
Paras support: 0.7024, 0.7010, 0.6989.
Paras resistance: 0.7060, 0.7082, 0.7096.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI