Harga bitcoin jatuh hampir 6.3% sejak awal pagi tadi, dan jika diperhatikan akhirnya harga bitcoin breakout range sideways sekitar harga $10000 dan mulai bearish. Secara teknikal, momentum pergerakan wave masih menunjukkan penguasaan mood bearish. Dan jika ia terus bearish, target seterusnya yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar Key Support $8350 atau ke $7550.
Secara keseluruhan, bitcoin masih berpotensi untuk bearish selagi ianya masih berada di bawah paras harga previous LH/Key Resistance $12650. Dan kemungkinan ia akan kembali membuat sedikit kenaikan sekiranya tidak breakout Key Support.