Harga bitcoin mencatatkan kenaikan hampir 7.28% setakat hari ini. Dan jika diperhatikan secara teknikalnya, ia gagal untuk breakout Key Support terhampir $6364 sejak minggu lalu dan mulai bullish ke harga terkini iaitu hampir $8000 bagi seunit bitcoin.
Dijangkakan kenaikan akan berterusan dan boleh mencapai ke paras harga Key Resistance iaitu $9214 dan sekiranya breakout ia berpotensi untuk mulai bullish secara berperingkat.
Walaubagaimanapun, jika ia masih gagal untuk breakout Key Resistance ini, harga bitcoin akan mulai merudum dan kenaikan ketika ini dianggap retracement/pullback sebelum ia kembali bearish secara teknikalnya.
Oleh itu, penting untuk memperhatikan apabila harga hampir ke Key Resistance samaada ia akan dibreakout ataupun sebaliknya.