Jika diperhatikan, harga bitcoin terus merudum seperti jangkaan semalam. Setakat hari ini ia telah melepasi paras harga $10000 dan secara teknikalnya, jika ia menutup pasaran dengan membentuk candlestick ‘bearish morubozu’, berkemungkinan harga BTC/USD akan terus melemah.
Target bearish atau level support terhampir yang berpotensi dicapai seterusnya adalah sekitar harga $8340 – $7490. Dengan momentum wave yang kuat ke arah bearish(LH,LL,LH,LL) ketika ini, jika ia membuat kenaikan berkemungkinan adalah retracement ke sekitar harga Key Resistance sebelum bearish.
Harga bitcoin perlu breakout Key Resistance terlebih dahulu sebagai satu ‘confirmation’ untuk ia mulai mengorak langkah bullish. Jika ia masih di bawah paras harga Key Resistance Zone ini, ia akan terus merudum.