Jika diperhatikan, harga bitcoin merudum dan telah mencapai ke paras terendah sekitar harga Key Support $5950/$6000. Walaubagaimanapun, secara teknikal mood masih bearish tetapi sekiranya ia masih gagal untuk breakout Key Support ini, ia berpotensi untuk mulai mengorak langkah bullish.
Target kenaikan adalah ke sekitar harga Key Resistance iaitu $9265 dan jika breakout ia akan mulai mengorak langkah untuk bullish. Sekiranya ia tidak berjaya untuk breakout Key Resistance, harga bitcoin akan mulai jatuh dan berkemungkinan akan breakout Key Support untuk menguji harga support yang seterusnya.
Jadi, penting untuk memperhatikan pergerakan semasa bitcoin di sekitar harga Key Support ketika ini samaada ia akan breakout atau sebaliknya.