Secara teknikal, harga bitcoin telah mencapai semula ke harga sekitar support sebelum ini iaitu ke sekitar harga $9385 dan ia kembali melakukan ‘rejection’ dan setakat ini bitcoin mulai membuat kenaikan/pulih semula ke atas paras harga $10000+.
Jika diperhatikan, momentum wave bearish(LH,LL,LH,LL) masih dikuasai ketika ini, jadi selagi ia tidak breakout Key Resistance Zone yang berpotensi membentuk new LH ini, kebarangkalian untuk bitcoin bearish masih tinggi.
Harga bitcoin masih perlu breakout Key Resistance terlebih dahulu sebagai satu ‘confirmation’ untuk ia mulai mengorak langkah bullish. Target bullish adalah ke sektiar level resistance terhampir iaitu $16195. Oleh itu, jika ia masih di bawah paras harga Key Resistance Zone ini, ia akan terus merudum.