Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Harga ethereum semalam gagal untuk membentuk candlestick ‘bearish morubozu’ untuk terus bearish tetapi menutup pasaran semalam dengan membentuk ‘pin bar’ bullish selepas harga mencapai ke sekitar ‘resistance become support’ $821.60/50.
Jadi secara teknikal, ethereum/ETH menunjukkan penguasaan mood bullish(HL,HH,HL,HH) dan kebarangkalian untuk ia naik ketika ini adalah tinggi berbanding bearish. Jika ia breakout resistance terhampir iaitu $1134.60 ini, ia dijangkakan akan bullish ke harga tertinggi yang pernah dicatat sebelum ini iaitu $1420 dan jika breakout ia berpotensi membentuk new HH.
























































