Harga ethereum bearish sejak semalam dari harga $1155 bagi seunit dan kini harga hampir mencapai ke sekitar zone Key Support $839.50 – $765.90. Sekiranya ETH/USD tidak breakout Key Support harian ini, ia berpotensi untuk membuat kenaikan semula dan ini adalah peluang yang terbaik untuk ‘long’ selagi ia tidak dibreakout.
Walaubagaimanapun, jika ETH/USD menutup pasaran hari ini membentuk bearish morubozu, ia berkemungkinan akan breakout Key Support Zone ini dan meneruskan lagi penurunan bagi mencapai ke harga lebih rendah $656.64.
Apapun, selagi ia tidak breakout Key Support Zone, kebarangkalian masih tinggi untuk ia membuat kenaikan semula. Jadi penting untuk memperhatikan samaada Key Support Zone ini akan dibreakout ataupun sebaliknya.