Jika diperhatikan, harga matawang crypto ETH/USD gagal untuk breakout support terhampir $930/928 dan mulai kembali membuat kenaikan. Secara teknikal,momentum wave masih berpotensi untuk bullish selagi harga tidak breakout Key Support.
Jika bullish target kenaikan terhampir yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar harga 1155.50 atau ke 1230.00. Oleh itu selagi ia tidak breakout Key Support, peluang untuk ‘long’ masih ada sebelum ia membuat kenaikan yang lebih tinggi.
Walaubagaimanapun, sekiranya ia breakout Key Support ini, harga ethereum berpotensi untuk terus bearish ke harga yang lebih rendah. Jadi, Key Support ini memainkan peranan yang penting untuk menentukan pergerakannya seterusnya samaada ke arah bullish atau sebaliknya.