Harga ethereum masih dalam momentum bullish secara teknikalnya. Dan jika diperhatikan, ia mulai mengorak langkah setelah gagal untuk breakout trendline H1 dengan mencapai sekitar harga $1230. Dengan momentum yang masih bullish ketika ini, ETH/USD berpotensi untuk terus bullish dan mencapai ke Key Resistance jika ia breakout $1230.
Jika bearish, ia berkemungkinan akan retrace ke sekitar Key Support sebelum membuat kenaikan. Walaubagaimanapun jika ia breakout Key Support, berkemungkinan ia akan bearish dan menguji semula ke sekitar harga $928. Secara keseluruhan, trend menunjukkan potensi masih kuat ke arah bullish ketika ini.