Persidangan G20 pada hujung minggu lalu memberikan tanda-tanda yang positif dalam pasaran semasa di mana Amerika Syarikat dan China dilaporkan berdamai dan menghentikan siri berbalas serangan tarif ke atas barangan import mereka. Oleh itu, sentimen pasaran dilihat kembali pulih dan ini menunjukkan matawang dollar USD bakal didagangkan lemah buat masa terdekat ini. Pasaran akan memberi tumpuan kepada data indeks pembuatan di zon Eropah yang akan dikeluarkan pada petang ini sementara pada malam pula, data PMI pembuatan ISM di Amerika Syarikat akan menjadi perhatian. Jika diimbas kembali dagangan pada chart pasangan matawang EUR/USD pada Jumaat lalu, harga menunjukkan penurunan sehingga 90 pips menjelang persidangan G20 hujung minggu itu.
Pada pembukaan sesi pasaran Asia pagi ini pula, dilihat terhadap jarak (gap) pada pembukaan harga sebagai permulaan dagangan minggu ini berikutan kelemahan nilai matawang USD. Harga yang bergerak di sekitar paras Magic Pivot 1.1341 hari ini dilihat mula membuat kenaikan dan menuju ke paras resistance 1.1377 (MagicR1). Jika harga dilihat terus membuat kenaikan melepasi paras tersebut, berkemungkinan harga bakal naik menguji paras resistance pada 1.1436 (MagicR2) sebelum kenaikan harga seterusnya pula akan menguji paras ketinggian harga pada chart EUR/USD di sekitar paras resistance 1.1472 (MagicR3).
Namun, jika harga kembali membuat penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah ke paras support 1.1282 (MagicS1). Penurunan harga yang diteruskan dijangka akan menuju pula ke paras support 1.1246 (MagicS2). Sedikit rendah dari paras tersebut dilihat paras support yang gagal ditembusi harga ketika diuji pada dagangan pertengahan November lalu dan jika harga berjaya breakout paras tersebut, penurunan harga boleh mencecah ke paras support sekitar 1.1187 (MagicS3).
Diingatkan bahawa minggu ini pasaran akan memberi tumpuan terhadap laporan data NFP pada penghujung minggu ini dan berkemungkinan pergerakan harga agak tidak menentu. Kawal risiko dagangan anda dengan melihat paras-paras terbaik untuk posisi dagangan pada chart EUR/USD dengan panduan indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 1.1282, 1.1246, 1.1187.
Paras resistance: 1.1377, 1.1436, 1.1472.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI