Jika diperhatikan pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY pada dagangan minggu lalu, matawang Yen dilihat lebih memberi tekanan kepada matawang Sterling untuk membuat kenaikan berikutan kebimbangan pelabur menunggu perkembangan penting pada isu Brexit untuk tahun hadapan pula. Harga dilihat bergerak rendah dari paras Magic Pivot pada dagangan Jumaat dan mencecah paras terendah sekitar support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak perlahan pada awal sesi dagangan di atas paras Magic Pivot 139.492 hari ini sebelum mula menunjukkan kenaikan pada awal dagangan sesi Eropah menuju ke paras resistance 140.375 (MagicR1). Jika harga terus membuat kenaikan ke paras lebih tinggi dari paras resistance tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras sekitar 140.807 (MagicR2). Dan seterusnya, harga yang masih menyambung kenaikannya bakal mencapai paras resistance pada 141.258 (MagicR3).
Sebaliknya, jika harga kembali menunjukkan penurunan lebih rendah dari paras Magic Pivot hari ini, harga bakal menguji semula paras terendah dagangan minggu lalu di sekitar support 199.492 (MagicS1). Harga yang berjaya breakout paras support tersebut berkemungkinan menuju ke paras support pada 139.041 (MagicS2) sebelum mencatatkan paras terendah yang baru berpotensi mencecah ke paras sehingga sekitar 138.609 (MagicS3).
Ikuti perkembangan isu Brexit bersambung pada Januari 2019 serta perubahan sentimen dalam pasaran semasa. Terus gunakan indicator Moshed Magic Line dalam analisis teknikal seharian anda untuk mendapatkan hasil analisis yang lebih jelas dan bermutu.
Paras support: 139.429, 139.041, 138.609.
Paras resistance: 140.375, 140.807, 141.258.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI