Matawang GBP masih didagangkan berisiko dengan persoalan mengenai kelulusan pelan Brexit Theresa May di peringkat Parlimen. Gabenor bank pusat England, Mark Carney dalam temubualnya bersama BBC, beliau mempertahankan dirinya daripada tuduhan bahawa beliau cuba untuk menakutkan pasaran dan menambah lagi dengan kebimbangan terhadap sektor perniagaan di Britain yang tidak bersedia menghadapi situasi pengunduran Britain tanpa perjanjian (no-deal Brexit). Dengan matawang USD yang turut didagangkan bercampur-campur dengan jangkaan terhadap tempo pengetatan polisi yang perlahan oleh FED, dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan GBP/USD bergerak mendatar sehingga sesi pasaran New York berakhir. Namun, sebelum itu harga telah menunjukkan penurunan dengan kejatuhan nilai matawang Sterling yang turun melepasi paras Magic Pivot sehingga menyentuh paras support MagicS1 pada indicator Moshed Magic Line semalam.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga masih bergerak mendatar menyambung pergerakan harga pada sesi sebelumnya di bawah paras Magic Pivot 1.2795 hari ini sehingga menjelang pembukaan sesi dagangan Eropah. Jika harga dilihat terus membuat penurunan lebih rendah, jangkaan harga akan menuju ke paras support terdekat iaitu pada 1.2741 (MagicS1) sebelum harga turun lebih rendah mencari paras terendah semasa yang baru pada chart GBP/USD sekitar paras 1.2700 (MagicS2). Seterusnya, jika harga berjaya menembusi paras tersebut dan meneruskan penurunan lebih rendah lagi, berkemungkinan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.2647 (MagicS3).
Namun, jika pergerakan harga bergerak ke arah sebaliknya ke atas semula melepasi paras Magic Pivot hari ni, harga dilihat lebih cenderung membuat kenaikan dan dijangka akan ke paras resistance 1.2835 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian harga semalam. Kemudiannya, harga akan bergerak naik pula ke paras resistance pada 1.2889 (MagicR2) sebelum kenaikan seterusnya akan menguji paras tumpuan harga pada paras 1.2930 (MagicR3).
Terus ikuti perkembangan pada rundingan Brexit yang dilihat kembali berada dalam tekanan dan akan terus memberi kesan terhadap perubahan nilai matawang GBP serta pergerakan harga pada chart GBP/USD. Gunakan indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda memudahkan lagi dalam analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.2741, 1.2700, 1.2647.
Paras resistance: 1.2835, 1.2889, 1.2930.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI