Pada dagangan minggu lalu bagi pasangan matawang USD/CAD, harga terus membuat kenaikan sepanjang minggu dan mencatatkan paras tertinggi dagangan untuk tahun ini sekitar paras 1.36000 pada penutup dagangan sesi New York Jumaat lalu. Matawang komoditi dollar CAD terus didagangkan merosot ekoran kejatuhan harga minyak mentah dalam pasaran dan memberi kesan terhadap Loonie atas faktor Kanada antara negara pengeksport terbesar dunia.
Pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga dilihat membuat sedikit penurunan dari paras tertinggi dagangan yang dicapai pada Jumaat lalu dan menuju ke paras Magic Pivot 1.3566 hari ini dan bergerak mendatar seketika di paras tersebut. Jika harga dilihat gagal menembusi paras tersebut, berkemungkinan harga akan pantul semula menyambung kenaikan dan menuju ke paras resistance terdekat pada indicator Moshed Magic Line sekitar 1.3638 (MagicR1). Seterusnya, harga bakal meneruskan kenaikan menguji paras resistance pada 1.3675 (MagicR2) sebelum kenaikan lebih tinggi bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru untuk dagangan USD/CAD tahun ini berkemungkinan mencecah ke paras sekitar 1.3747 (MagicR3).
Namun, jika harga berjaya bergerak turun lebih rendah melepasi paras Magic Pivot hari ini, paras awal yang dilihat akan dituju harga adalah pada support 1.3528 (MagicS1). Seterusnya harga yang meneruskan kenaikan bakal menuju pula ke paras support 1.3456 (MagicS2) yang dilihat berada pada zon RBS (resistance become support). Sedikit lagi penurunan harga yang diteruskan akan mencecah paras support pada 1.3419 (MagicS3).
Terus pantau perkembangan pasaran minyak mentah yang menjadi faktor utama menggerakkan nilai matawang Loonie dalam pasaran serta turut mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/CAD. Tentukan paras support dan resistance terbaik pada chart USD/CAD dengan berpandukan pada indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan dalam analisis teknikal harian anda.
Paras support: 1.3528, 1.3456, 1.3419.
Paras resistance: 1.3638, 1.3675, 1.3747.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI