Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD mencatatkan paras ketinggian baru pada dagangan semalam sejak Jun lalu di sekitar paras 1.33600 di mana telah melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam. Namun, harga kemudiannya kembali menjunam lebih 100 pips penurunan melepasi paras Magic Pivot sehingga ke paras support MagicS1 berikutan ucapan bernada dovish daripada Pengerusi FED Jerome Powel dan mengurangkan keyakinan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah oleh FED sebelum ini.
Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat bergerak agak perlahan namun menunjukkan kenaikan menuju ke paras Magic Pivot 1.3292 namun sebelum harga menyentuh paras tersebut, penurunan harga kembali ditunjukkan pada lewat sesi dagangan Asia. Jika harga kembali menyambung penurunan semalam, harga dijangka akan menuju ke paras support terdekat yang berada di paras 1.3224 (MagicS1). Kemudiannya harga akan turun lebih rendah ke paras support 1.3174 (MagicS2) mengatasi paras terendah semasa harga pada chart USD/CAD. Dan sekiranya harga terus menunjukkan momentum penurunan harga yang kukuh, jangkaan harga boleh mencecah sehingga ke paras sekitar 1.3106 (MagicS3) mengatasi paras terendah harga sebelum ini di paras 1.31400.
Namun, jika USD kembali didagangkan mengukuh semula, harga berkemungkinan akan kembali membuat kenaikan melepasi paras Magic Pivot dan menuju ke paras resistance 1.3341 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya bakal mencatatkan paras ketinggian yang baru berkemungkinan harga menuju ke paras sekitar 1.3409 (MagicR2) dan sekiranya harga masih meneruskan pendakiannya, harga berpotensi untuk mencapai kenaikan sehingga ke paras 1.3459 (MagicR3).
Jangan lupa untuk memantau perkembangan pasaran minyak global dan juga perkembangan ekonomi di Kanada yang memberi kesan kepada matawang Loonie. Lihat juga paras support dan resistance pada chart USD/CAD dengan membandingkan dengan paras yang disediakan pada indicator Moshed Magic Line.
Paras support: 1.3224, 1.3174, 1.3106.
Paras resistance: 1.3341, 1.3409, 1.3459.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI