Pada tahun 2018, terdapat event besar dalam arena dunia sukan di peringkat dunia iaitu World Cup 2018. World Cup 2018 ini akan diadakan tidak lama lagi yang bertempat di Rusia. Bagi para pelabur crypto, ini adalah peluang keemasan anda untuk bermalam di hotel yang terletak di bandar Kalinigrad.
Buying Business Travel Russia melaporkan Apartment Malina telah melakukan kerjasama dengan syarikat sistem pembayaran atas talian, Free- Kassa dan hal ini membolehkan pengguna menempah bilik dengan menggunakan matawang crypto. Terdapat 4 perlawanan yang akan diadakan di bandar Kaliningrad iaitu pada Jun 16, 22, 25 and 28.
Menurut pengurus apartment Malina, Anna Subbotina, ” matawang crypto sedang berkembang, perlahan-lahan ia akan menjadi suatu jenis transaksi. Maka kami putuskan untuk melakukannya dengan harapan dapat memudahkan peminat bola sepak melalui sistem pembayaran crypto.”
Pertandingan World Cup akan diadakan di 11 bandar iaitu Ekaterinburg, Moscow, Kazan, Saint Petersburg, Volgograd, Rostov-on-Don, Sochi, Nizhny Novgorod, Samara, Saransk and Kaliningrad.
Syarikat Free-Kassa baru sahaja menjalankan kerjasama dengan Petersburg Social Commercial Bank (PSCB) dan hal ini terdapat kemungkinan bahawa Saint Petersburg akan menggunakan sistem pembayaran matawang crypto.
Pada bulan lepas, Rusia telah mengarang sebuah draf peraturan matawang crypto dan ICO bagi proposal “On Digital Financial Assets”. Walaubagaimanapun terdapat permintaan dalam kalangan Jabatan Kerajaan agar peraturan tersebut dilonggarkan bagi pengguna crypto. Namun hal ini tidak disetujui oleh Menteri Kewangan dan beliau menyifatkan matawang crypto sebagai sebuah aset kewangan, bukan sebuah bentuk pembayaran yang sah.