Faktor fundamental/sentimen bukan sahaja penting kepada trader forex tetapi juga kepada trader saham atau pelabur saham. Buktinya adalah apa yang berlaku kepada indeks saham hari ini khususnya kepada kaunter-kaunter teknologi di A.S. malah di Asia dan Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Pasaran saham Asia pada Rabu menyusut mengikuti jejak langkah pasaran saham di Wallstreet. Pertama sekali apa yang menyebabkan pasaran saham Asia jatuh adalah kejatuhan di Wallstreet, di mana pasaran ia tertekan disebabkan oleh kebimbangan terhadap kawalan ketat kerajaan A.S. terhadap industri teknologi.
Indeks-indeks saham utama Asia yang jatuh pada Rabu termasuklah Nikkei di Jepun (-1.20%), ASX200 di Australia (-0.73%), CSI 300 di China (-1.80%). Ini sekaligus menyebabkan penurunan indeks saham di Asia Tenggara termasuk KLCI di Malaysia setakat pukul 3.15 petang (-0.25%) dan IDX Composite di Indonesia (-1.03%).
Kejatuhan indeks-indeks ini bermula di Wallstreet dengan Dow Jones jatuh sehingga 1.43%, S&P500 jatuh 1.73% dan Nasdaq jatuh 2.93% pada sesi dagangan Selasa yang ditutup sekitar pukul 6 pagi waktu Malaysia pada hari Rabu.
Majoriti pergerakan minggu lalu merosot berterusan sehingga ke hari ini disebabkan kebimbangan pasaran terhadap kawalan dagangan oleh Amerika Syarikat. Antara sebab lain kejatuhan Wallstreet minggu lalu adalah kebimbangan pasaran terhadap kenaikan kadar faedah The Fed dan juga potensi PERANG PERDAGANGAN antara China – A.S.
Jelas di sini, risiko pasaran yang disebabkan oleh PERANG PERDAGANGAN bukan sahaja menyebabkan ketakpastian dan volatility dalam pasaran forex, tetapi juga kepada pasaran saham.