Bursa Asia dibuka bercampur dalam sesi perdagangan Asia pada hari Rabu diikuti oleh saham Wall Street.
S&P 500 dan Nasdaq meneruskan peningkatan pada penutupan hari Selasa berikutan didukung oleh kenaikan saham teknologi, terutamanya syarikat Netflix mencatat keuntungan di luar jangkaan.
Indeks Nasdaq mencatat rekod terbaru bagi sesi ketiga berturut-turut dengan pengukuhan sebanyak 0.71%. Dalam masa yang sama juga, S&P 500 juga mencatat paras tertinggi. Walaubagaimanapun, indeks Dow Jones mecatat kejatuhan.
Saham Asia dibuka dengan kejatuhan indeks Nikkei 225, setelah mencatat paras tertinggi 26 tahun pada hari selasa. Kejatuhan saham pada hari ini didorong oleh pengukuhan matawang yen.
Di Australia, indeks ASX 200, naik sedikit berikutan kejatuhan saham telekomunikasi.
Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi didorong oleh belian daripada pelabur.