Bursa saham Asia dibuka sedikit kukuh pada awal sesi perdagangan hari Khamis walaupun saham Wall Street tertekan semasa penutupan semalam.
Indeks Dow Jones Industrial Average jatuh 0.08% kepada 24,893.35, S&P 500 jatuh 0.50% kepada 2,681.66 dan Nasdaq Composite jatuh 0.9% kepada 7,051.98.
Hasil bon US meningkat sebanyak 2.88% pada hari Isnin, tertinggi sejak Januari 2014, selepas data inflasi yang lebih kukuh pada Jumaat lalu.
Indeks Nikkei, Jepun melonjak naik sebanyak 0.64%. Peningkatan ini didorong oleh peningkatan sektor saham kewangan dan automatif. Saham Toyota, Fanuc Manufacturing dan Mitsubishi UFJ Financial Group masing-masing naik 2.94%, 2.67% dan 1.53%.
Saham teknologi juga mengalami pengukuhan seperti saham Sony dan Nikon masing-masing naik 1.48% dan 2.09%. Namun saham Nintendo mencatat kejatuhan sebanyak 0.71%.
Indeks saham Korea Selatan Kospi mengukuh sebanyak 0.85% setelah mencatat kejatuhan dalam sesi perdagangan semalam. Saham Samsung naik 1.48%.
Indeks saham Australia sedikit jatuh apabila indeks ASX 200 jatuh 0.12%. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini walaupun dihimpin dengan sentimen yang tidak pasti.