China dilaporkan sedang mengumpulkan dan ingin bersatu dengan negara-negara lain yang menentang polisi US. Baru-baru ini, Rumah putih telah melakukan tindakan yang tidak dijangka iaitu mahu meneruskan pengenaan tarif.
Pada hari Selasa, Rumah Putih telah mengumumkan bahawa mereka akan memperolehi senarai barangan import yang akhir berjumlah $50 billion. Senarai barangan tersebut akan dikenakan tarif sehingga 25 peratus bermula Jun 15 dan 2 minggu selepas itu akan diumumkan pengetatan pelaburan keatas China.
Sebagai tindak balas, China dilaporkan sedang ingin bersatu negara-negara yang menentang perang perdagangan yang bakal ditimbulkan oleh US, menurut Wall Street. Negara-negara tersebut boleh mendapatkan keberuntungan daripada pelan China tersebut dengan meluaskan pasaran mereka.
Menurut Steven Mnuchin, apa-apa perang perdagangan tidak akan berlaku buat masa ini, pada ketika ini perunding sedang berusaha untuk mendapatkan persetujuan. Dalam rundingan, China mengatakan akan mengurangkan perdagangan dengan US untuk barang tertentu.
Setiausaha perdagangan US dijangka akan tiba Bejing Sabtu ini namun dengan tindakan Washington mungkin akan menghambat rundingan tersebut.