China tidak ragu-ragu untuk melawan balik jika U.S mengenakan sekatan perdagangan ke atas Beijing, kata menteri perdagangan pada hari Khamis walaupun Presiden China Xi Jinping berikrar untuk memotong tarif import namun hal itu tidak bermaksud ada hak konsesi ke atas Washington.
Pada hari Selasa, Xi telah membuat ucapan dengan mengatakan China akan mengambil inisiatif untuk memperkembangkan import pada tahun ini dan akan bekerja keras untuk mengimport produk yang diperlukan oleh rakyatnya.
Kata Xi, China tidak mengejar lebihan perdagangan. Kami mempunyai matlamat yang jelas untuk meningkatkan import dan mencapai imbangan perdagangan yang lebih baik.
Xi menyokong dan berazam untuk bekerja keras terhadap perhubungan perdagangan lebih dua hala, membangunkan ekonomi global yang lebih terbuka, menjalankan kerjasama dengan G-20, APEC dan organisasi lain. Kita seharusnya mempromosikan perdagangan dan liberalisasi perdagangan.
Washington menuduh bahawa syarikat China mencuri rahsia perdagangan syarikat U.S dan memaksa mereka untuk bekerjasama bagi memperolehi teknologi yang ada.
Menurut jurubicara menteri perdagangan Gao Feng, ucapan Presiden Xi hanya menekankan strategi China yang akan membuka ekonomi mereka lebih luas. Hal tersebut tiada kena mengena tentang perselisihan perdagangan dengan U.S
Pada hari Isnin lepas, Trump telah mengkritik China di Twitternya kerana mengekalkan import tarif sebanyak 25% berbanding U.S hanya 2.5% duti.
Menurut Gao, pada ketika ini belum ada rundingan rasmi antara US dan China dalam membincangkan hubungan perdagangan.